Monday, July 6, 2009

My life now

Well dah lama giler aku tak update blog ni...tapi bukannya ade yang selalu bace pun.Aku memang anggap blog ni cam diary aku jer..and kalau boleh aku tanakla orang bace kan...tapi kalau ade yang dah terbace...nak wat camana kan ekeke....

So biar aku bagitau sekarang nie...hari Selasa,07 Julai 2009...pada pukul 1.36 petang.Aku masih lagi bekerja di Infinity Domain cc yang aku selalu pergi kalau aku tak tau nak lepak mana...perkembangan terbaru aku ada minta nasihat kewangan kat rakan sekerja aku macamana nak save duit sebab aku ni pemboros sangat..kawan aku tue gaji die dapat 420 lebih...die simpan 400 ringgit dalam ASB..dia kate kalau simpan kat ASB interest 7% so banyak gak die dapat.Sekarang simpanan dia RM1200.Yang aku pelik tue macamana dia boleh simpan sampai RM400 padahal gaji die cume RM420 jer....

So dia bagitau aku...kalau time kerja dia tak makan.Dia akan makan masa sarapan,ataupun dia akan bawak bekal lauk semalam yang tak habis..panaskan dan masuk dalam bekal...nanti time kerja boleh buat makan.kalau dia lepak ngan kawan-kawan dia makan siap siap dulu,so bile kawan kawan dia ajak makan,dia tak makan just lepak lepak borak borak ngan kawan kawan dia.

Tu pasal rakan sekerja aku.Haritu aku ada tengok Oprah,tentang keluarga paling penjimat di Amerika.Keluarga tu akan pastikan makan malam dia berharga 4 dollar,bil telefon handphone 5 dollar sebulan.Kalau tentang reenovate rumah,suami dia akan belajar daripada internet lepas tu beli barang barang yang ada diskaun...setiap sen amat dihargai.Untuk menjimatkan lagi isteri dia akan memotong rambut semua anak anak mereka supaya taklah membazir nak bayar duit potong rambut lagi.Keluarga ni ada simpanan sebanyak 70,000 dollar dalam akaun bank mereka dan telah berjaya melangsaikan hutang kredit kad yang banyak dan sangat berbangga dengan pencapaian tersebut.

Setelah aku berunding dengan rakan sekerja aku..dia bersetuju untuk menghantar aku pergi dan balik kerja dengan bayaran RM1.Aku juga harus membayar dia sebanyak RM1 setiap hari sebagai simpanan aku.Rase cam mimpi lak dengan bayaran serendah RM1 aku ada driver sendiri ke tempat kerja...ibarat bos lak ekeke.Untuk menambah simpanan aku,aku bagitau kat die aku bersetuju untuk memberi simpanan sendiri sebanyak 1% interest setiap hari menjadikan simpanan aku berjumlah RM46 sebulan.so mari kita lihat ringkasannya...

Bulan 7(Anggaran)
Simpanan:RM46
Pengangkutan:RM20

No comments:

Post a Comment