Monday, January 11, 2016
welcome 2016
Omg da lame aku tak updet blog ni ahaha...da 2016 kot huhu
Mengulas post kehadiran baru tu,mende yang dah lepas,tapi aku rase aku patut bagitau ape yang terjadi,adalah sesuatu memori yang indah bagi diri aku sepanjang aku hidup.Semenjak die melekat macam gam dgn aku,memule tu kiterorg mcm biasa je.Tapi bile dah lame lame...rase excited gile.
Dia suke buat lawak dan caring.Campor nada suara die yang caring dan romantik,aku rase mcm disayangi selalu bile bersama dgn dia.Dah lama kot aku tak rasa cmtu.Everytime kluar dgn dia,die suke buat lawak.Merepek pun ada gak,tapi point die nak bagi aku gelak je.Aku ingat dgn jelas lagi mase die bgtau aku.Mase tu kiterorg dlm kereta.Aku cakap dengan die,kalau aku dengan dia,boleh pecah perut aku.Asyik nak gelak je.Lepas tu die jawab dalam nada agak serius yang die nak buat aku happy je.Omaigod,takleh aku bayangkan perasaan aku time tu.Terharu,gembira,sedih pun ada.Selama ni takde sape pun pernah kisah pasal aku.Aku nak tunggang terbalik ke takde sape pun ambil peduli.Malahan org tak pernah ambil berat dan kisah pasal aku.Dan tetibe makhluk depan aku ni dengan selamba tenuknya bagitau aku tujuan dia nak buat aku happy.Aku terdiam jap time tu.Mmg aku tak sangka jawapan dia.Lepas tu aku kaver dgn gelak je sebab aku tak tau nak kate ape.
Balik je dari rumah,memang terngiang ngiangla kata kata dia sepanjang malam dalam otak aku.Memang indah je mimpi aku malam tu hahaha...
Tuesday, July 1, 2014
kehadiran baru
aku kenal die ni agak lame....tapi baru sekarang aku start rapat dengan die ni.Semuanya gara gara aku bagi hadiah pada harijadi dia.Sejak dari haritu,die terus melekat macam kene gam dengan aku...hahaha.Bagi aku,die ni ada daya penarik yang tinggi gak.Cara die cakap slow giler,romantik abesla...boleh cair kot kalo dengar.Masa die cakap,memang aku rasa suara die bernada caring dan membuai aku ke alam yang sangat indah.Rasa diri disayangi dan diambil berat,wakaka.
Dia ada cerita gak,ramai orang tertarik kat die.Tu yg membuatkan aku agak jeles.Bile die ckp ngn org lain je,dalam fikiran aku,"Untungnya org tu dpt ckap dgn dia.Dapat spend time dgn die"
to be continued................

Saturday, September 25, 2010
erm....
Patut ke aku marah dengan dier?aritu aku konvoi ramai2x.mase nak belok kat selekoh motor yang kiterorg naik jatuh.aku luke kat kaki,siku dan lutut.calar sket kat pinggang.Siap ade beberapa luke yang nampak isiDie kate luke kecik.siap nak bawak pergi klinik panel kat kampung lindungan walaupun kiterorg kat sungai besi.
First aku nak tanye,walaupun luke tu kecik,takleh ke die mintak maap kat aku?tanye aku ok ke tak?ni tak die lebih pentingkan moto die dari aku.aku rase cam aku ni hina sangat.aku betul betul marah dengan perangai die.Lepas tu da tak call aku.kalau aku ni perempuan,da lame aku tampa muke die.Duit klinik pun aku yang keluar duit siap share ngan member lain lagi.Kalau jumpe aku die leh wat cam biasa je.langsung takde rase bersalah.
Aku pelik betul dengan manusia yang perangai camni.takde perasaan betul.Beberapa perangai die yg aku tak suke:-
1-Kalau aku mintak tolong,die takkan tolong.Kalau org lain mintak tolong,die tolong plak.
2-Die kedekut ngan aku takpe,pestu kalau nak aku belanje mulalah wat muke seposen.
3-Aku sanggup pegi makan tengahari ngan die mase die keje subang.siap aku naik bas lagi.Tapi aku nak pergi cc on the way die ke tempat keje,aku mintak die antar,die tanak hantar.siap ckp aku ade kaki,aku ada tangan kan?
4-Die puji org lain depan aku,selalu kutuk aku depan aku jugak
5-Aku boleh berubah untuk die.Tapi die takleh berubah untuk aku.Aku rase kecewa kawan dengan die.Aku rase sia sia je ape yg aku buat semuanya untuk die.Die layan aku mcm sampah.

Saturday, August 14, 2010
Belajar dalam-dalam
Haha,aku tak tahan nak gelakz.Daripada belajar basic of horoscope,aku terus belajar dalam-dalam.Contohnya sekarang selain daripada belajar the sun sign,iaitu tarikh kite lahir,aku dah mule belajar bahawa,kalau kite masukkan waktu dan tempat kite lahir,kite boleh tahu moon sign kite,ascendant,descandant,cara kita bergaul,cara kita bercakap,cara kita bertindak,public image,personal image dan macam-macam lagik.So sekarang ni aku nak kaji pasal shahrir,apsal la aku ngan die ngam,tapi macam tak ngam.Yerla,aku kan kengkadang rase geram ngan die sampai nak putuskan perhubungan kawan kiterorg,so jom kite kaji sket apsal die ni menjengkelkan...ekeke
ok ni adalah natal chart die,yang listkan semua perlakuan dier...
seperti yang kite tau,die ialah seorg aries,die punye ascendant ialah aquarius,cara hidup dan perlakuan die terhadap orang ramai.Moon die ialah virgo.Gabungan ketiga tiga ni sebenarnya adalah yang paling teruk.Kenapa?
Aquarius:Suke berdebat dengan orang tentang pendapat die.Suke tolong orang walaupun tanpa diminta,walaupun orang tu tak suke.
Aries:Berlagak,ego,degil dan cakap jujur yang tak ditapis.Boleh menyakitkan hati sesetengah orang kalo mase die cakap tu dengan penuh berlagak dan ego.
Virgo:Tak suke menunggu orang,(padahal die sukee datang lambat),berkira duit,rasa diri bagus sangat dan suke kritik orang lain tak bagus.Cam die sorang je perfect.
Sifat die yang tiga-tiga nila yang aku paling x suke sebenarnya.aku dah try bersabar dengan die....tapi ntahla........
Monday, June 7, 2010
patut ker
Shahrir ada baca horoskop dan dia ada bagitau aku pasal compability horoskop.First reaction aku memang rase pelik sebab aku tau die patutnya takkan minat dengan mende mende camni.Aku tak abes abes rase pelik kenapa dia boleh percaya dengan benda2 sedemikian.Lepas tue dia bagitau patutla die rase senang nak borak dengan horoskop yang compatible dengan horoskop die,Aries dan susah nak cakap dengan horoskop2 yang tak compatible dengan die.Yang buat aku paling terkejut beruk,salah satu the best horoscope yang paling compatible dengan dia ialah Leo,iaitu horoscope aku.
Betul ke sebab horoscope kiterorg jadi kawan baik?Tapi sebenarnya aku tak rase pun dia macam kawan baik aku.Aku rasa aku je yang banyak berkorban untuk dia,tapi dia tak pernah berkorban untuk aku.Aku sanggup jalan kaki rumah dia,aku sanggup tunggu dia kalau lambat,aku tak pernah berkira dengan dia tentang soal duit.Tapi dia selalu berkira dengan aku pasal duit,kalau aku yang lambat dia akan marah,dia suke mengutuk,mengarah,berlagak,aku pelik kenapa aku boleh kawan dengan dia dan kekal sampai sekrg?betul ke sebab horoskop?
Tapi sekrg ni aku rase dah penat nak buat semua tu.Buat ape kita buat semua tue kalau org tak hargai pengorbanan kita.Aku nak break dengan dia,tapi aku tanak dia tau.Aku akan cube kurangkan emel atau fon die sehingga keluar dengan dia.Aku tanak rapat dengan dia.Setiap saat begitu menyeksakan.Kenapa aku leh tahan dengan dia?Hanya kerana bicara yang menyenangkan?Kerana satu kelebihan tue jer?Die ada beratus ratus kelemahan.Aku pun sama,tapi aku takdela sampai nak berkira dengan kawan,merosakkan hati kawan.
Ya,Allah berilah aku kekuatan untuk lupakan dia.Memang pedih tapi aku sendiri yang nak lupakan dia....

Friday, March 5, 2010
btol ke ni?
adeh sebenarnya kalau boleh aku nak wat blog ni jadi personal life aku dan blog kat facebook jadik blog yang aku leh kongsi dengan org ramai.Maksudnya blog ni lebih kepada privacy,perkara2 yang aku rase tak sesuai ckp dengan umum,tapi tanpa kuduga blog kat facebook tue boleh link plak kat blog ni,adeh abeh segala luahan hati aku menjadi tontonan umum,tapi aku tak boleh nak menyesal walaupun aku rase nak ketuk je kepala aku kat dinding,aku just boleh terima fact kalau ade sesape da terbace pasal blog ni da tau pasal rintihan dalaman aku.
Saturday, February 20, 2010
Blues...jiwang
Aku selalu menginginkan satu keadaan dimana aku sentiasa dihargai,disayangi dan selalu disokong setiap masa.Kebanyakkan kawan-kawan aku selalu memegang prinsip yang kita harus berdikari,berdiri atas kaki sendiri.Dunia ni macam orang makan orang.Kita harus kuat.Aku tak kate ape yg dierorg kate tue salah.Mungkin pengalaman mereka mengajar mereka sebegitu,tapi aku juga percaya wujudnya satu keadaan dimana setiap orang disayangi,sentiasa disokong dan dihargai.Ini adalah salah satu prinsip aku dan aku takkan mengalah tak kira apa orang nak kata.
Mulut manusia memang tak boleh ditutup.Kalau apa yang dia orang kata mengecam atau mengkritik aku,aku rasa biarlah dierorg,bukan dierorg yang tanggung aku makan atau jaga aku pun.Bukan dierorg yang besarkan aku,ataupun tolong aku ketika aku dalam kesusahan.Diri aku,aku yang kawal bukan dierorg.Kalau dierorg nak kutuk aku ataupun kecam aku,aku doakan dierorg bahagia dengan mulut dierorg yang takde insurans tue.Kalau dulu aku jumpa dengan orang yang mulut macam tue,aku selalu harap dierorg kena langgar lori balak ataupun lori kontena namun esoknya dierorg masih lagi hidup.Memang aku terkejut sebab dierorg hidup lagi sebab kalau dah kena langgar dengan lori balak mesti badan dierorg dah hancur remuk.Tapi sebenarnya memang tak baik doakan orang begitu.
So sekrg kalau aku jumpa org yang macam tue,aku just diam jer,anggap die org gila dan teruskan dengan kehidupan aku.Aku memang boleh berubah tapi aku tak suka dipaksa.Aku berubah dengan kerelaan hati aku sendiri.Tak siapa suka dipaksa untuk berubah,ketika mereka masih belum bersedia.

Subscribe to:
Posts (Atom)