Hai semua haha.Lama tak update blog ni.Biar aku ceritakan perkembangan semasa...
1-Bergaduh dengan kawan aku
Peristiwa pertama yang aku start bengang dengan die bermula pada pagi Sabtu.Sepatutnya die dengan aku nak pergi AMPSQUARE hari ni.Tapi die tak call call aku.Aku sebenarnya panas betul dengan die masa tu.Kalau dia takleh datang pun call la aku...ni diam jer.Pestu aku purak2 cakap aku nak pergi sorang tapi aku tak pergi pun.Aku merayau rayau.Memule aku ambil bas kuning pergi Carefour.Masa on the way nak pergi Carefour driver tu tanya ada sesape tak yang nak pergi SS14 atau SS 15.Biasanya dulu sebelum Apiz amek aku pergi kerja,aku memang naik bas tu pergi tempat kerja tapi tujuan aku sekarang nak pergi carefour so aku diam jerla.Beberapa saat lepas tu ade seorang uncle cina cakap die nak pergi ss14.So driver tu ikutla jalan ke ss14.Tetibe ada seorang perempuan cina tergesa gesa bangun dan tekan loceng.Die tanye bas tu tadi kate pergi SJMC kenapa ikut sini.Bile bas tu dah berhenti perempuan tu pun turun kat perhentian bas dekat jejantas ss14.Bas tu pun meneruskan perjalanan.Masa kat Neway,uncle cina tu tekan loceng.Dua orang turun.Bas tu pun gerak lagi.Aku turun mase bas tu berhenti kat KTM.Aku jalan ke arah carefour.
Masa aku nak jalan tu aku ternampak seorang perempuan india pakai baju jururawat dalam lingkungan usia 18-20 tahun sambil pegang tabung derma.Aku terus naik tangga ke kfc cecepat takut die datang kat aku.Masa kat carefour aku jalan jalan.Satu floor tu aku rase aku pusing 4-5 kal kot.Dah takde kerja sangat.Lepas tu aku nampak kat restoran Ayamas ada promo set.Nasi ayam set B Honey yang selalu aku beli kat restoren ayamas kat id tue harga die RM5.90 jer ngan satu air pepsi/coke.Tapi waktu die dari pukul 12 tengahari sampai pukul 3 petang jer.Bile aku fikir balik baik aku makan kfc lagi sebab ayam dia leh pilih yang besar.So aku pun terus pergi Subang Parade untuk makan KFC.
Masa ni aku rase diri aku cam pemalu tahap gaban.So bile aku gie kat kaunter KFC tu aku rase malau tahap gaban.Aku order KFC jom jimat set A.Die bagi aku nasi,coleslaw ngan ayam besar giler.Pestu die letak air pepsi.Semuanya berharga RM6.20.Memule aku letak makanan kat satu meja kecil dengan beg aku.Aku pergi basuh tangan.Lepas tu bile tengok orang takde aku amek beg dan makanan letak kat meja besar,yang kerusi die ala ala sofa.Nampak gempak sket hehe.Lagi satu rase selesa.Lepas jer makan aku pergi tingkat atas sekali.Aku berjalan menuju ke arah tempat game.Kalau tak salah name die Magic Land.Aku selalu pergi sini kadang kadang lepas kerja.Bukan untuk main game tapi untuk karaoke.Disini ada disediakan satu tempat karaoke dalam satu ruang kecil ataupun box.Seringgit untuk satu lagu.Ada 2 kerusi,2 mikrofon,satu tv dan penghawa dinginnya sendiri supaya orang dalam box tu tak panas.
Mula mula aku tukar 2 ringgit.Lagu pertama yang aku nyanyi ialah lagu Mawi-Aduh Saliha.Ades hancur lagu ni sebab konfiden aku teruk giler so aku nyanyi lagu ni dengan suara yang langsung takde nada dan lagu tu hancur teruk hahaha.Lepas tu aku nyanyi lagu mengerti...samalah hancur gak ades.Then aku tukar 2 ringgit lagi dan nyanyi lagu cindai-siti nurhaliza dan bukanakutakcinta-iklim.Due due lagu ni aku nyanyi barulah okeh sket ekeke.takdela hancur teruk sangat huhu.Kelemahan aku ni.pemalu kuat sangat.Padahal time aku nyanyi aku usha usha memang takde orang kat sekeliling tapi aku still malu nak nyanyi...hancur hancur hehe.
Lepas tu aku pun balik sunway naik bas.Amek pakej 5 jam kat px pestu terus balik umah.Malam tu aku tanye Shahrir boleh ke tak aku tumpang die pergi Id.Lagipun masa die nak gie kerja Id tu on the way je.So bolehlah die turunkan aku jap pestu die giela kerja.Die kate tangan ada kaki ada pergilah sendiri.Aku terus bengang giler dengar die cakap camtu.Lepas aku letak telefon aku message die jangan call aku esok aku nak tido je kat umah.Aku off handphe jap dan campak kat tilam.Beberapa minit pestu aku bukak balik.Takde lak die reply ataupun call aku.Arghh GERAM TOL AKU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment